Friday, November 23, 2007

microsoft excel


Microsoft excel


Program excel ini selalunya digunakan untuk operasi pengiraan atau membuat jadual yang berskala besar. Langkah-langkah untuk membuat satu pengiraan yang berlanjutan atau bersambungan adalah seperti berikut:



  • mula-mula sekali ialah membuka Microsoft office excel.

  • kemudian tulis tajuk bagi pengiraan contohnya perbelanjan harian nagi bulan oktober.
    untuk menamakan sheet adalah dengan klik kanan pada sheet di bawah dan rename dengan nama bulan. Jangan jarakkan. Contohnya oktober2007.

  • untuk memasukkan data adalah dengan menulis perkara – perkara seperti tarikh, dan tujuan duit digunakan seperti makan minum, prepaid, pembelajaran dan sebagainya.
    kemudian masukkan tarikh iaitu dari 1hb sehingga 30hb. Namun dengan menggunakan excel tidak perlulah bersusah payah untuk menaip tarikh sehingga habis. Cara mudah boleh digunakan iatu dengan membawa anak panah ke tepi kotak sehingga keluar simbol ’ + ’ dan tarik ke bawah sehinggalah 30hb.

  • bagi membesarkan saiz column anda hanya perlu menarik pada kotak yang solid berisi huruf atau nombor.

  • selesai memasukkan segala data, lajur dan baris hendaklah digariskan dengan klik pada simbol borders. Kemudian pilih corak garisan yang dihendaki.

  • untuk memformat table, boldkan table dan klik pada format dan cells dan pilih format general.

  • untuk mewarnaka table, boldkan pada column yang berkenaan dan klik pada format, cells, dan pilih pada pattern. Pilih warna yang sesuai.

  • untuk proses pengiraan pula caranya pula ialah dengan memasukkkan segala data kira-kira pada ruangan yang berkenaan dan bagi proses menjumlahkannya ialah dengan menarik pada kotak-kotak yang hendak dijumlahkan nilainya dan klik pada simbol ∑ atau sum dan serta merta pada ruangan yang sepatutnya terpapar jumlah yang dikehendaki.
    bagi menambah atau menolak ianya boleh dilakukan dengan mudah iaitu dengan klik pada kotak jumlah dan kemudian klik pada kotak-kotak yang diingini contohnya kotak A + kotak B – kotak C = ? . jadi ianya boleh dilakukan dengan mudah dengan cara klik pada ruangan fx dan taip = dan klik pada kotak A + kotak B – kotak c dan enter jadi jawapannya ada di kotak yang berkenaan.

  • bagi menambah graf atau carta ianya boleh dilakukan dengan klik pada insert chart dan pilih carta yang anda mahu. Kemudian masukkan data-data.

  • anda boleh menukar warna bagi graf mengikut kesesuaian.

  • untuk menyambung pada sheet yang seterusnya anda bolehlah klik pada sheet 1 dan kemudian klik kanan, klik pada move or copy. Kemudian pilih kawasan untuk di copy iaitu before sheet 3 dan tandakan right pada create a copy. Proses ini membolehkan fail yang sama dikongsi dan jumlahnya boleh ditukar-tukar tanpa perlu meaip semula.

  • untuk sheet yang baru ini, seperti biasa tukarkan nama dan jumlah yang dibawa atau baki juga hendaklah tukar iaitu dengan klik pada kotak baki yang dibawa , taip = dan klik pada kotak yang hendak dibawa atau baki sebelum ini.

  • pastikan setiap sheet yang di copy diperbaharui. Sekiranya simbol #### keluar ini bermakna jumlah atau nombor tidak muat dengan saiz kotak dan ianya perlu dibesarkan.

frontpage dan laman web


Microsoft frontpage


Microsoft frontpage digunakan bagi membina laman web kita sendiri. Banyak kaedah yang digunakan untuk membina sebuah laman web yang cantik, teratur dan kemas tanpa menggunakan wang atau mengupah orang lain untuk membuatnya. Kaedah-kaedah untuk memulakan operasi membuat laman web ialah :



  • pastikan bahawa computer yang digunakan memngandungai software frontpage kerana ianya didownload berlainan daraipada Microsoft office.

  • setelah memastikan software tersebut ada, saya menambah mukasurat pada laman web dengan menekan pada file dan klik pada new dengan serta merta ianya akan terpapar dan saya menukarkan nama muka surat tersebut kepada mukasurat1 dengan menekan pada file > save as > pendrive> open > mukasurat1 > ok. Segala file tersebut hendaklah disave dalam satu folder yang sama di dalam lokasi pendrive. Nama file yang disimpan tidak boleh mengandungi jarak, nombor dan simbol.

  • setelah berjaya menukar nama page, saya memasukkan jaduah atau table dengan klik pada table > insert > table dan skrin akan terpapar page yang berkenaan. Disini anda hendaklah menukar bilangan garis dan lajur serta menukar saiz borders kepada 0 supaya nanti garisan tersebut tidak dapat dilihat.

  • setelah mendapat jadual yang dikehendaki, anda hendaklah save nya dalam folder yang telah dibuat pada awal tadi. Proses save ini hendaklah dibuat selalu atau terdapatnya tanda * pada nama page sekiranya ia tidak di save maklumat tersebut mungkin hilang.

  • untuk mewarnakan table pula, bold kan kawasan lajur atau garis yang dikehendaki dan kemudian klik kanan tetikus. Kemudian klik pada cell properties dan tukarkan warna pada ruangan background.

  • setelah berjaya mewarnakan cell-cell tersebut, bolehlah dimasukkan maklumat-maklumat yang diingini.

  • untuk menambah gambar didalam laman web ini mula-mula sekali ialah proses mencari gambar. Sekiranya gambar diambil dari internet, ianya hendak di save dengan betul seperti ini. Klik kanan pada gambar > save picture as > folder IT > dan namakan gambar tersebut tanpa jarak,nombor atau simbol. Save kan didalam pendrive. Sekiranya gambar terletak didalam komputer,gambar tersebut hendaklah dimasukkan kedalam pendrive.

  • bagi menghias laman web supaya ianya lebih menarik seperti membuat ayat atau perkataan bergerak. Langkahnya ialah klik pada insert > web component > dynamic effect > marquee. Skrin akan terpapar marquee properties dimana ianya dikehendaki untuk memasukkan ayat atau perkataan seperti selamat datang. Saya boleh menentukan dari mana ianya hendak keluar dengan klik pada direction sama ada kanan atau kiri dan iainya corak pergerakkannya boleh ditentukan sama skrol, slide atau alternate.

  • setelah selesai menghias dan mahu berpindah kepada page yang seterusnya langkah 2 bolehlah dilakukan kerana ianya adalah proses yang sama Cuma hanya menukar nama file sahaja.

  • untuk membuat hyperlink pula iaitu elemen yang memboleh penyingkatan dari satu page ke page lain dengn hanya klik pada perkataan yang diingini. Langkahnya ialah dengan bold perkataan berkenaan, klik kanan, dan pergi ke hyperlink. Seteruisnya klik pada alamat atau destinasi yang hendak disambungkan.

  • akhirnya terbinalah sebuah laman web yang diingini.

  • untuk mem uploadnya didalam group. Langkahnya adalah seperti biasa tetapi segala file dan gambar hendaklah di upload sama jika tidak file atau gambar tidak dapat dibaca.



cara membuat buku program


BUKU PROGRAM


Buku program selalunya digunaakn untuk pengaturan cara sesuatu program atau sebagai rujukan sesuatu majlis.




  • buka microsft office words.


  • setelah mendapat page tukarkan posisi page dari potrait kepada landscap dengan menukar pada page setup dengan klik pada menu file.


  • pada paparan page setup lagi, tukarkan jenis page di dalam ruangan multiples page kepada book folds.

  • anda juga boleh memasukkan gambar sebagai hiasan dengan klik pada insert, picture dan pergi ke clip art atau from file. Kemudian pilih gambar yang anda minati dan letakkan pada sudut yang sesuai.

  • untuk meletakkan nombor muka surat, klik pada insert, page number, dan pilih posisi dan alignment yang anda mahukan.

  • kemudian untuk meng save file ini hendaklah di bahgikan kepada 2 bahagian satu file untuk muka hadapan dan muka belakang sahaja manakala lagi satu file untuk menyimpan maklumat lain. Ini kerana untuk mengelakkan pertindihan nombor muka surat.

cara-cara buat brosur



  1. BROSUR


  • Brosur yang saya buat ialah brosur mengenai hipertensi. Cara-cara membuat brosur adalah :

  • buka microsft office words.

  • setelah mendapat page tukarkan posisi page dari potrait kepada landscap dengan menukar pada page setup dengan klik pada menu file.

  • pada paparan page setup lagi, tukar margin page iaitu margin top, bottom, left and right kepada 0.3 sahaja.

  • kemudian tukar saiz paper dari letters kepada A4 pada paparan yang sama juga.
    untuk membuat column untuk memasukkan maklumat, klik pada format, column. Setelah paparan tersiar pada skrin pilih tetapan 3 colums dan sekiranya anda mahukan garisan menjadi pemisah klik pada line between.

  • anda juga boleh memasukkan gambar sebagai hiasan dengan klik pada insert, picture dan pergi ke clip art atau from file. Kemudian pilih gambar yang anda minati dan letakkan pada sudut yang sesuai.

  • untuk membuat brosur anda hendaklah menggunakan dua page dengan menggunakan konsep sama Cuma berhati-hati agar tidak keliru ketika mencetaknya.

good presentation skills




tiga laman web yang saya pilih ialah :



  • http://www.businessballs.com/presentation.htm
    - menerangkan cara-cara dan membentuk sebuah persembahan yang baik. dimana terdapat langkah-langkah yang patut diikuti seperti menetapkan matlamat, mencari isi dan idea, struktur, rancang cara persembahan, menyediakan kaedah persembahan, berlatih dan rancang serta kawal persekitaran semasa hari persembahan. selain itu juga menerangkan persediaan presentation dan menyampaikan maklumat.

  • http://www.microsoft.com/uk/atwork/work/presentation.mspx
    - menerangkan penggunaan KISS iaitu Keep It Short and Simple. jadi penggunaan ini boleh berjaya jika maklumatmaklumat yang ingin disampaikan mudah, senang dan difahami dalam tempoh masa yang tetapkan tanpa membosan audience.

  • http://www.simmalieberman.com/articles/presentation%20skills.htm
    -menerangkan tentang kpentingan kefahaman sebelum menerangkannya kepada orang lain, mengenal audience dari segi latar belakang mereka, dan mencadangkan penggunaan audiovisual sebagai menarik minat audience. juga menerangkan tentang praktis sebelum waktu presentation dan mendapat komen sebelum waktu sebenar presentation. komen yang diberi diperlukan bagi membaiki mutu persembahan.

cara-cara membuat presentation power point


Microsoft power point .

  1. Microsoft power point selalunya digunakan sebagai alat bantuan visual dalam pembentangan, perbincangan mesyuarat dan lain-lain lagi. Ialah lain daripada Microsoft words kerana ianya boleh menarik perhatian ramai melalui corak demostrasinya. Langkah- langkah dalam manghasilkan sebuah powerpoint yang menarik ialah :
  2. Mula – mula sekali masuk ke Microsoft office power point.
  3. Untuk memasukkan page klik pada insert, new slide dan slide yang baru akan terpapar. Jumlah slide yang dimasukkan tidak terkira.
  4. Untuk mendapat slide yang kosong tanpa format bolehlah mendapatkannya dengan klik pada format dan pilih slide layout . disini anda bolhlah memilih pelagai jenis format bagi slide kerana ianya membantu memudahkan kerja anda. Selain itu sekiranya anda mahukan slide yang mempunyai corak atau design bolehlah klik pada format dan pilih slide design. Terdapat pelbagai design yang boleh diaplikasikan untuk slide anda. Untuk hanya mengaplikasikan pada satu slide sahaja klik untuk selected slide sahaja namun begitu jika mahu mengaplikasikan pada keseluruhan slide klik pada apply to all slide. Walau bagaimana pun jika anda mahukan warna background sahaja anda hanya perlu klik pada format dan pilih background. Kemudian pada paparan berikutnya anda bolehlah memilih pelbagai kombinasi warna mengikut citarasa, corak atau pattern atau gambar sebagai latar belakang slide.
  5. Untuk memasukkan gambar, klik pada insert, pilih picture dan kemudian pilih jenis-jenis gambar yang anda ingini seperti clip-art atau from file. Bagi autoshape anda boleh melukis sendiri bentuk yang anda ingini mengikut piawaian manakala word art sekiranya anda mahukan tulisan yang sedia ada formatnya.
  6. Sekirnya anda ingin memasukkan bayang kepada tulisan anda, ia boleh dilakukan dengan klik pada shadow stylr pada toolbars bawah dan memilih gaya bayang yang anda mahu dan masukkan 3-d jika anda mahu.
  7. Setiap siap memasukkan maklumat atau data dalam slide, anda boleh menceriakan lagi slide anda dengan animasi atau bunyi bagi menyerikan lagi slide anda. Cara-caranya ialah dengan klik pada slide show, pilih custom animation. Kemudian pada kanan skrin akan terpapar paparan dimana anda hendaklah klik pada objek yang anda inginkan animasi kemudian klik add effect pada skri kanan dan pilih animasi yang anda mahu. Effect yang anda mahu boleh dipilh sama ada anda mahukan ia sebelum, semasa atau selepas.
  8. Anda juga boleh memilihnya samada mahu ianya keluar dengan menekan pada mouse atau secara automatiknya.
  9. Sekiranya anda mahu memasukkan bunyi bolehlah memasukkannya dengan klik pada objek berkenaan. Kemudian paparan pada sebelah kanan yang mengenaai custom animation akan keluar. Klik pada anak panah ke bawah pada animasi yang anda buat dan kemudian pilih effect option. Pada bahagian enhancement pilih bunyi yang anda kehendaki dan waktunya.
  10. Sekiranya anda mahukan kesan pada slide iaitu ketika satu slide ke satu slide yang lain anda boleh klik pada slide show dan pilih slide transition dan pilih antara satu gerakan.

promosi kesihatan - jantung & senaman


tajuk yang saya pilih ini adalah jantung dan senaman.. saya memilih tajuk ini kerana kadar penghidap penyakit ini semakin meningkat kerana beberapa sebab tertentu.. saya menumpukan pebentangan ini kepada golongan dewasa dan tua. hal ini kerana untuk membendung masalah ini daripada semakin meningkat.


  • Matlamat yang ingin saya capai adalah :-
    - golongan dewasa dan tua memahami persembahan saya mengenai jantung dan senaman.
    input mengenai jantung dan senaman dapat di aplikasikan dalam kehidupan seharian.
    senaman menjadi gaya hidup sihat.

  • Objektif yang ingin saya sebarkan adalah :
    menyedarkan kepentingan senaman dalam kehidupan dan mengurangkan risiko penyakit major berkaitan jantung. hal ini kerana semakin kita tua organ-organ di dalam badan semakin lemah jadi oleh itu bagi mengelakkan kegagalan organ di dalam badan gagal berfungsi, langkah-langkah seperti senaman hendaklah dilakukan. jadi pendedahan ini amat berguna agar golongan tumpuan saya ini sedar akan kesilapan yang telah dilakukan.

  • Gaya persembahan saya adalah :
    - mudah dan senang difahami.
    - menggunakan persembahan yang menarik dan simple.
    - menggunakan animasi dan gambar-gambar yang boleh menarik perhatian serta meningkatkan kefahaman.
    - menggunakan bunyi atau muzik agar audience tidak mudah bosan.
    dan lain-lain lagi

  • isi kandungan persembahan adalah ;-
    - definisi senaman
    - jenis-jenis senaman yang boleh dilakukan.
    - cara meningkatkan aktiviti fizikal
    - keperluan senaman
    - faedah-faedah senaman
    - faktor-faktor yang boleh dicegah
    - pengurusan diri
    - keperluan berjumpa doktor.

  • jangkamasa persembahan saya lebih kurang sepuluh minit ke lima belas minit sahaja dengan menggunakan persembahan power point.