Friday, November 23, 2007

microsoft excel


Microsoft excel


Program excel ini selalunya digunakan untuk operasi pengiraan atau membuat jadual yang berskala besar. Langkah-langkah untuk membuat satu pengiraan yang berlanjutan atau bersambungan adalah seperti berikut:



  • mula-mula sekali ialah membuka Microsoft office excel.

  • kemudian tulis tajuk bagi pengiraan contohnya perbelanjan harian nagi bulan oktober.
    untuk menamakan sheet adalah dengan klik kanan pada sheet di bawah dan rename dengan nama bulan. Jangan jarakkan. Contohnya oktober2007.

  • untuk memasukkan data adalah dengan menulis perkara – perkara seperti tarikh, dan tujuan duit digunakan seperti makan minum, prepaid, pembelajaran dan sebagainya.
    kemudian masukkan tarikh iaitu dari 1hb sehingga 30hb. Namun dengan menggunakan excel tidak perlulah bersusah payah untuk menaip tarikh sehingga habis. Cara mudah boleh digunakan iatu dengan membawa anak panah ke tepi kotak sehingga keluar simbol ’ + ’ dan tarik ke bawah sehinggalah 30hb.

  • bagi membesarkan saiz column anda hanya perlu menarik pada kotak yang solid berisi huruf atau nombor.

  • selesai memasukkan segala data, lajur dan baris hendaklah digariskan dengan klik pada simbol borders. Kemudian pilih corak garisan yang dihendaki.

  • untuk memformat table, boldkan table dan klik pada format dan cells dan pilih format general.

  • untuk mewarnaka table, boldkan pada column yang berkenaan dan klik pada format, cells, dan pilih pada pattern. Pilih warna yang sesuai.

  • untuk proses pengiraan pula caranya pula ialah dengan memasukkkan segala data kira-kira pada ruangan yang berkenaan dan bagi proses menjumlahkannya ialah dengan menarik pada kotak-kotak yang hendak dijumlahkan nilainya dan klik pada simbol ∑ atau sum dan serta merta pada ruangan yang sepatutnya terpapar jumlah yang dikehendaki.
    bagi menambah atau menolak ianya boleh dilakukan dengan mudah iaitu dengan klik pada kotak jumlah dan kemudian klik pada kotak-kotak yang diingini contohnya kotak A + kotak B – kotak C = ? . jadi ianya boleh dilakukan dengan mudah dengan cara klik pada ruangan fx dan taip = dan klik pada kotak A + kotak B – kotak c dan enter jadi jawapannya ada di kotak yang berkenaan.

  • bagi menambah graf atau carta ianya boleh dilakukan dengan klik pada insert chart dan pilih carta yang anda mahu. Kemudian masukkan data-data.

  • anda boleh menukar warna bagi graf mengikut kesesuaian.

  • untuk menyambung pada sheet yang seterusnya anda bolehlah klik pada sheet 1 dan kemudian klik kanan, klik pada move or copy. Kemudian pilih kawasan untuk di copy iaitu before sheet 3 dan tandakan right pada create a copy. Proses ini membolehkan fail yang sama dikongsi dan jumlahnya boleh ditukar-tukar tanpa perlu meaip semula.

  • untuk sheet yang baru ini, seperti biasa tukarkan nama dan jumlah yang dibawa atau baki juga hendaklah tukar iaitu dengan klik pada kotak baki yang dibawa , taip = dan klik pada kotak yang hendak dibawa atau baki sebelum ini.

  • pastikan setiap sheet yang di copy diperbaharui. Sekiranya simbol #### keluar ini bermakna jumlah atau nombor tidak muat dengan saiz kotak dan ianya perlu dibesarkan.

frontpage dan laman web


Microsoft frontpage


Microsoft frontpage digunakan bagi membina laman web kita sendiri. Banyak kaedah yang digunakan untuk membina sebuah laman web yang cantik, teratur dan kemas tanpa menggunakan wang atau mengupah orang lain untuk membuatnya. Kaedah-kaedah untuk memulakan operasi membuat laman web ialah :



  • pastikan bahawa computer yang digunakan memngandungai software frontpage kerana ianya didownload berlainan daraipada Microsoft office.

  • setelah memastikan software tersebut ada, saya menambah mukasurat pada laman web dengan menekan pada file dan klik pada new dengan serta merta ianya akan terpapar dan saya menukarkan nama muka surat tersebut kepada mukasurat1 dengan menekan pada file > save as > pendrive> open > mukasurat1 > ok. Segala file tersebut hendaklah disave dalam satu folder yang sama di dalam lokasi pendrive. Nama file yang disimpan tidak boleh mengandungi jarak, nombor dan simbol.

  • setelah berjaya menukar nama page, saya memasukkan jaduah atau table dengan klik pada table > insert > table dan skrin akan terpapar page yang berkenaan. Disini anda hendaklah menukar bilangan garis dan lajur serta menukar saiz borders kepada 0 supaya nanti garisan tersebut tidak dapat dilihat.

  • setelah mendapat jadual yang dikehendaki, anda hendaklah save nya dalam folder yang telah dibuat pada awal tadi. Proses save ini hendaklah dibuat selalu atau terdapatnya tanda * pada nama page sekiranya ia tidak di save maklumat tersebut mungkin hilang.

  • untuk mewarnakan table pula, bold kan kawasan lajur atau garis yang dikehendaki dan kemudian klik kanan tetikus. Kemudian klik pada cell properties dan tukarkan warna pada ruangan background.

  • setelah berjaya mewarnakan cell-cell tersebut, bolehlah dimasukkan maklumat-maklumat yang diingini.

  • untuk menambah gambar didalam laman web ini mula-mula sekali ialah proses mencari gambar. Sekiranya gambar diambil dari internet, ianya hendak di save dengan betul seperti ini. Klik kanan pada gambar > save picture as > folder IT > dan namakan gambar tersebut tanpa jarak,nombor atau simbol. Save kan didalam pendrive. Sekiranya gambar terletak didalam komputer,gambar tersebut hendaklah dimasukkan kedalam pendrive.

  • bagi menghias laman web supaya ianya lebih menarik seperti membuat ayat atau perkataan bergerak. Langkahnya ialah klik pada insert > web component > dynamic effect > marquee. Skrin akan terpapar marquee properties dimana ianya dikehendaki untuk memasukkan ayat atau perkataan seperti selamat datang. Saya boleh menentukan dari mana ianya hendak keluar dengan klik pada direction sama ada kanan atau kiri dan iainya corak pergerakkannya boleh ditentukan sama skrol, slide atau alternate.

  • setelah selesai menghias dan mahu berpindah kepada page yang seterusnya langkah 2 bolehlah dilakukan kerana ianya adalah proses yang sama Cuma hanya menukar nama file sahaja.

  • untuk membuat hyperlink pula iaitu elemen yang memboleh penyingkatan dari satu page ke page lain dengn hanya klik pada perkataan yang diingini. Langkahnya ialah dengan bold perkataan berkenaan, klik kanan, dan pergi ke hyperlink. Seteruisnya klik pada alamat atau destinasi yang hendak disambungkan.

  • akhirnya terbinalah sebuah laman web yang diingini.

  • untuk mem uploadnya didalam group. Langkahnya adalah seperti biasa tetapi segala file dan gambar hendaklah di upload sama jika tidak file atau gambar tidak dapat dibaca.



cara membuat buku program


BUKU PROGRAM


Buku program selalunya digunaakn untuk pengaturan cara sesuatu program atau sebagai rujukan sesuatu majlis.




  • buka microsft office words.


  • setelah mendapat page tukarkan posisi page dari potrait kepada landscap dengan menukar pada page setup dengan klik pada menu file.


  • pada paparan page setup lagi, tukarkan jenis page di dalam ruangan multiples page kepada book folds.

  • anda juga boleh memasukkan gambar sebagai hiasan dengan klik pada insert, picture dan pergi ke clip art atau from file. Kemudian pilih gambar yang anda minati dan letakkan pada sudut yang sesuai.

  • untuk meletakkan nombor muka surat, klik pada insert, page number, dan pilih posisi dan alignment yang anda mahukan.

  • kemudian untuk meng save file ini hendaklah di bahgikan kepada 2 bahagian satu file untuk muka hadapan dan muka belakang sahaja manakala lagi satu file untuk menyimpan maklumat lain. Ini kerana untuk mengelakkan pertindihan nombor muka surat.

cara-cara buat brosur



  1. BROSUR


  • Brosur yang saya buat ialah brosur mengenai hipertensi. Cara-cara membuat brosur adalah :

  • buka microsft office words.

  • setelah mendapat page tukarkan posisi page dari potrait kepada landscap dengan menukar pada page setup dengan klik pada menu file.

  • pada paparan page setup lagi, tukar margin page iaitu margin top, bottom, left and right kepada 0.3 sahaja.

  • kemudian tukar saiz paper dari letters kepada A4 pada paparan yang sama juga.
    untuk membuat column untuk memasukkan maklumat, klik pada format, column. Setelah paparan tersiar pada skrin pilih tetapan 3 colums dan sekiranya anda mahukan garisan menjadi pemisah klik pada line between.

  • anda juga boleh memasukkan gambar sebagai hiasan dengan klik pada insert, picture dan pergi ke clip art atau from file. Kemudian pilih gambar yang anda minati dan letakkan pada sudut yang sesuai.

  • untuk membuat brosur anda hendaklah menggunakan dua page dengan menggunakan konsep sama Cuma berhati-hati agar tidak keliru ketika mencetaknya.

good presentation skills




tiga laman web yang saya pilih ialah :



  • http://www.businessballs.com/presentation.htm
    - menerangkan cara-cara dan membentuk sebuah persembahan yang baik. dimana terdapat langkah-langkah yang patut diikuti seperti menetapkan matlamat, mencari isi dan idea, struktur, rancang cara persembahan, menyediakan kaedah persembahan, berlatih dan rancang serta kawal persekitaran semasa hari persembahan. selain itu juga menerangkan persediaan presentation dan menyampaikan maklumat.

  • http://www.microsoft.com/uk/atwork/work/presentation.mspx
    - menerangkan penggunaan KISS iaitu Keep It Short and Simple. jadi penggunaan ini boleh berjaya jika maklumatmaklumat yang ingin disampaikan mudah, senang dan difahami dalam tempoh masa yang tetapkan tanpa membosan audience.

  • http://www.simmalieberman.com/articles/presentation%20skills.htm
    -menerangkan tentang kpentingan kefahaman sebelum menerangkannya kepada orang lain, mengenal audience dari segi latar belakang mereka, dan mencadangkan penggunaan audiovisual sebagai menarik minat audience. juga menerangkan tentang praktis sebelum waktu presentation dan mendapat komen sebelum waktu sebenar presentation. komen yang diberi diperlukan bagi membaiki mutu persembahan.

cara-cara membuat presentation power point


Microsoft power point .

  1. Microsoft power point selalunya digunakan sebagai alat bantuan visual dalam pembentangan, perbincangan mesyuarat dan lain-lain lagi. Ialah lain daripada Microsoft words kerana ianya boleh menarik perhatian ramai melalui corak demostrasinya. Langkah- langkah dalam manghasilkan sebuah powerpoint yang menarik ialah :
  2. Mula – mula sekali masuk ke Microsoft office power point.
  3. Untuk memasukkan page klik pada insert, new slide dan slide yang baru akan terpapar. Jumlah slide yang dimasukkan tidak terkira.
  4. Untuk mendapat slide yang kosong tanpa format bolehlah mendapatkannya dengan klik pada format dan pilih slide layout . disini anda bolhlah memilih pelagai jenis format bagi slide kerana ianya membantu memudahkan kerja anda. Selain itu sekiranya anda mahukan slide yang mempunyai corak atau design bolehlah klik pada format dan pilih slide design. Terdapat pelbagai design yang boleh diaplikasikan untuk slide anda. Untuk hanya mengaplikasikan pada satu slide sahaja klik untuk selected slide sahaja namun begitu jika mahu mengaplikasikan pada keseluruhan slide klik pada apply to all slide. Walau bagaimana pun jika anda mahukan warna background sahaja anda hanya perlu klik pada format dan pilih background. Kemudian pada paparan berikutnya anda bolehlah memilih pelbagai kombinasi warna mengikut citarasa, corak atau pattern atau gambar sebagai latar belakang slide.
  5. Untuk memasukkan gambar, klik pada insert, pilih picture dan kemudian pilih jenis-jenis gambar yang anda ingini seperti clip-art atau from file. Bagi autoshape anda boleh melukis sendiri bentuk yang anda ingini mengikut piawaian manakala word art sekiranya anda mahukan tulisan yang sedia ada formatnya.
  6. Sekirnya anda ingin memasukkan bayang kepada tulisan anda, ia boleh dilakukan dengan klik pada shadow stylr pada toolbars bawah dan memilih gaya bayang yang anda mahu dan masukkan 3-d jika anda mahu.
  7. Setiap siap memasukkan maklumat atau data dalam slide, anda boleh menceriakan lagi slide anda dengan animasi atau bunyi bagi menyerikan lagi slide anda. Cara-caranya ialah dengan klik pada slide show, pilih custom animation. Kemudian pada kanan skrin akan terpapar paparan dimana anda hendaklah klik pada objek yang anda inginkan animasi kemudian klik add effect pada skri kanan dan pilih animasi yang anda mahu. Effect yang anda mahu boleh dipilh sama ada anda mahukan ia sebelum, semasa atau selepas.
  8. Anda juga boleh memilihnya samada mahu ianya keluar dengan menekan pada mouse atau secara automatiknya.
  9. Sekiranya anda mahu memasukkan bunyi bolehlah memasukkannya dengan klik pada objek berkenaan. Kemudian paparan pada sebelah kanan yang mengenaai custom animation akan keluar. Klik pada anak panah ke bawah pada animasi yang anda buat dan kemudian pilih effect option. Pada bahagian enhancement pilih bunyi yang anda kehendaki dan waktunya.
  10. Sekiranya anda mahukan kesan pada slide iaitu ketika satu slide ke satu slide yang lain anda boleh klik pada slide show dan pilih slide transition dan pilih antara satu gerakan.

promosi kesihatan - jantung & senaman


tajuk yang saya pilih ini adalah jantung dan senaman.. saya memilih tajuk ini kerana kadar penghidap penyakit ini semakin meningkat kerana beberapa sebab tertentu.. saya menumpukan pebentangan ini kepada golongan dewasa dan tua. hal ini kerana untuk membendung masalah ini daripada semakin meningkat.


  • Matlamat yang ingin saya capai adalah :-
    - golongan dewasa dan tua memahami persembahan saya mengenai jantung dan senaman.
    input mengenai jantung dan senaman dapat di aplikasikan dalam kehidupan seharian.
    senaman menjadi gaya hidup sihat.

  • Objektif yang ingin saya sebarkan adalah :
    menyedarkan kepentingan senaman dalam kehidupan dan mengurangkan risiko penyakit major berkaitan jantung. hal ini kerana semakin kita tua organ-organ di dalam badan semakin lemah jadi oleh itu bagi mengelakkan kegagalan organ di dalam badan gagal berfungsi, langkah-langkah seperti senaman hendaklah dilakukan. jadi pendedahan ini amat berguna agar golongan tumpuan saya ini sedar akan kesilapan yang telah dilakukan.

  • Gaya persembahan saya adalah :
    - mudah dan senang difahami.
    - menggunakan persembahan yang menarik dan simple.
    - menggunakan animasi dan gambar-gambar yang boleh menarik perhatian serta meningkatkan kefahaman.
    - menggunakan bunyi atau muzik agar audience tidak mudah bosan.
    dan lain-lain lagi

  • isi kandungan persembahan adalah ;-
    - definisi senaman
    - jenis-jenis senaman yang boleh dilakukan.
    - cara meningkatkan aktiviti fizikal
    - keperluan senaman
    - faedah-faedah senaman
    - faktor-faktor yang boleh dicegah
    - pengurusan diri
    - keperluan berjumpa doktor.

  • jangkamasa persembahan saya lebih kurang sepuluh minit ke lima belas minit sahaja dengan menggunakan persembahan power point.


Untuk pencarian maklumat artikel atau jurnal di dalam portal ukm adalah seperti berikut:

  • Mula-mula saya masuk ke laman web http://lib.hukm.ukm.my/. Apabila sudah mendapat laman web yang saya kehendaki saya menuju ke menu uatama dan click pada koleksi dan kemudian click pada portal E-jurnal.

  • Seterusnya akan terpapar e-jurnal portal melalui laman web http://ezplib.ukm.my/. Selepas itu, saya akan log in terlebih dahulu dengan menggunakan user Id dan password saya.

  • Setelah berjaya masuk, saya pilih e-jurnal melalui subject iaitu medical sciences, pharmacy/dentistry.

  • Kemudian akan terpapar senarai e-jurnal yang terdapat di dalam bidang ini seperti

- Blackwell synergy
- CRL online
- JAMIA
- MD Consult
- Medline & Ovid
- Micromedex
- ProQuest Medical Library
- Science Direct
- Springerlink



  • Selepas itu, saya pilih salah satu daripadanya seperti science direct. Untuk mencari jurnal yang berkaitan dengan nursing informatics atau nursing ict. Saya taip keywords berkenaan pada ruangan title,abstract, dan keyword setelah laman web Science Direct tersebut terpapar di skrin.

  • Kemudian akan tersenarai artikel-artikel yang berkaitan dengan keyword yang telah dimasukkan tadi dan ianya adalah dalam jumlah yang besar.

  • Bagi mengecilkan jumlah artikel, saya gunakan maklumat yang lebih spesifik dan masukkannya kedalam kotak ‘ search within result’. Selepas itu jumlah artikel tersebut semakin kurang dan semakin spesifik.

  • Lalu saya membuat pilihan mengenai artikel dan setelah mendapat yang sesuai saya klik pada PDF unuk membaca keseluruhan teks melalui PDF tetapi saya hendaklah memastikan terlebih dahulu bahawa computer tersebut mempunyai Adobe Reader.

  • setelah membaca full teks, saya simpan satu salinan di dalam pendrive debgan click pada item ‘ save a copy’ .

  • Seterusnya adalah langkah menghantar artikel ini kedalam fail fn2712 iaitu dengan membuka yahoo group saya dan pergi ke group member untuk mencari ahli fn2712 dan masuk kedalam group ahli tersebut dan kemudian saya klik pada files dan add file. Selepas itu saya browse artikel tadi yang tersimpan di dalam pendrive dan pada bahagian deskripsi saya taip journal dan artikel dan tahun artikel berkenaan dan akhir sekali saya upload artikel tersebut. Semak semula sama ada artikel itu berjaya di upload.

artikel


Students views of integrating web-based
learning technology into the nursing
curriculum – A descriptive survey

As computer skills are increasingly importance in today’s technological age, the enhancement of these skills through Web-based learning media have a potentially valuable contribution to practice. This paper aims to report the findings of a descriptive survey that explores undergraduate nursing students’ learning experience in this area. The supporting literature highlights that computer skills are important for today’s practicing nurse and encouraging these through Web-based learning programmes is important. E-mail usage, operating basic Windows applications, and searching databases were found to be the most crucial aspects of IT skills required by nurses. These skills are also useful for evidence-based practice.

The aim of this paper is to describe students’ experience of a Web-based innovation at one University programme. This programme originated to facilitate admission onto a 1-year part-time Bachelors degree in Nursing (BNS) programme at the University. Development of the core content of this programme reflected contemporary trends in nursing practice in addition to theoretical gaps in traditional nurse training programmes. The programme comprised five core modules, the scientific basis of nursing practice, ethics and law, research appreciation, health promotion and professional development in nursing. The aims of the study were:

1. To assess students access to and use of computer technology prior to and after
programme commencement.
2. To ascertain whether relationships exist between computer knowledge and
other variables such as age, gender and computer use.
3. To ascertain whether relationships exist between Internet usage and other
variables such as age, gender and computer use.
4. To access the level of contact that has developed between students.

The questionnaire, specifically devised for this purpose, drew upon literature on the topic and contained contextual items related to programme development. The internal consistency of items contained in the
questionnaire was measured using Cronbachs coefficient Alpha. An acceptable level of consistency
between responses is indicated by a result greater than 0.5. The Alpha Coefficient for the questionnaire
was .86, which is an acceptable level (Mathers and Huang, 1998). Staff explained questionnaires to students, and participation equaled consent to participate. Participation was entirely voluntary. Researchers emphasised that students could choose not to take part, and that this would not affect their progress on the course. They provided twenty minutes to complete the questionnaire. All questionnaires were anonymous and 16 A. Adams, F. Timmins confidential. Staff destroyed questionnaires were upon completion of the study, and permission to conduct the study was obtained from the course coordinator. A pilot test of the survey was not conducted.

As conclusion, Research-based practice is an integral component of nursing practice. Specific computer skills Percentage frequency of reported knowledge of respondents Prior to programme Students views of integrating web-based learning technology into the nursing curriculum 19 technology forms a crucial component of this, as resources are commonly on the Internet. The integrationof interactive e-learning resources into undergraduate programmes creates the context for situational learning of computer skills. Nurse educators perceive anecdotally that students, engaged in meaningful tasks online will, practice and improve their skills. This study supports this notion of increase of skills, with most areas demonstrating significant improvement. In addition, there is a belief that nurses are more reliant upon written and verbal sources rather than technology, and this improvement may encourage these nurses to explore alternative information options in their practice area. This study revealed that nurses have a quite a high usage of computer technology and useful skills have developed throughout the programme. It is envisaged that these students will further use these skills in the practice environment and represent an emergence of nurses that fully embrace all that technology has to offer. Overall, the experience was a positive one for students. There was not a sense of student isolation reported, as many students kept in touch by phone and class attendance continued.
Some students did appear, however to isolate themselves and supportive measures for students need further exploration. Although this study yielded positive results, experimental research indicated little overall benefit of Web-based compared with traditional forms of education . This teaching methodology has much to offer in the provision of convenient easy to access programmes that can be easily adapted to the individual lifestyle (Atack, 2003). Further evaluation of these methods is essential to ascertain the qualityof programmes and highlight any difficulties that emerge. Student support mechanisms need consideration for students who are at risk of becoming isolated, particularly from teachers. Systems need to be easy to use and technical support needs to be available. In order to ensure that quality programmes are developed that adequately meet student needs it is important that standards are developed that conform to Quality Assurance Guidelines. Appropriate student guidelines are also essential to ensure that students can adequately navigate the system and use system components. Staff development also needs to be considered to prepare academic and administrative staff for supporting students. Individual staff members involved in Web-based learning may need to carry out selfappraisal to identify personal learning needs, as these may vary. In additional, specific generic skills such as managing the Web-based system, developing materials and supporting student discussion board may need to be provided through in service study days.

cara berfikir tajuk group


Macam mana awak berfikir mengenai tajuk perbincangan..

Mengenai tajuk perbincangan saya hanya merekanya secara keseluruhannya atau keadaan pada masa itu. Situasi pada masa itu adalah kami sedang berada di dalam dilemma menanti posting klinikal yang akan tiba dalam masa 2 minggu akan datang. Ramai di antara kami yang tidak bersetuju sebenarnya dengan pengaturan jadual kami yang baru iaitu dua minggu kuliah dan dua minggu posting klinikal yang pada sebelum ini kami akan menghabiskan kuliah sebelum memasukki ke posting klinikal. Jadi pada tanggapan kami jadual adalah seperti dahulu dimana ilmu yang telah kami pelajari adalah banyak untuk menghadapi klinikal pada tahun dua tetapi malangnya sekarang kami hanya sempat mempelajari sedikit sahaja semasa dikuliah sebelum ke klinikal.

Oleh itu timbul perasaan gentar dan tidak bersedia di kalangan para pelajar. Mereka juga bimbang mengenai pengurusan masa mereka yang mungkin agak membebankan. Lalu berdasarkan maklumat ini saya mereka satu topic yang membincangkan tentang kematangan para pelajar dalam menguruskan masa dengan lebih efektif dan peranan jadual baru iaitu dua minggu kuliah dan dua minggu klinikal sama sada membantu di dalam mengingati pembelajaran semasa kuliah.

Secara keseluruhannya, perbincangan ini mendapat sambutan di kalangan ahli kumpulan di mana mereka bersetuju dengan tajuk ini yang menyatakan tentang peningkatan tahap kematangan dan juga membantu dalam proses pembelajaran melalui corak jadual yang terbaru ini. Ini adalah secara rumusannya setelah semua pelajar telah menjalani posting klinikal.

Tambahan itu juga, dalam membina forum ini saya tidak mengalami sebarang kesusahan yang tidak dapat ditangani. Hal ini kerana setiap ahli kumpulan saya memahami tajuk perbincangan yang saya utarakan dan mereka memberi respon yang positif kepada perbincangan ini. Oleh itu mudahlah mereka untuk berbincang mengenai topic ini.

tajuk forum dalam group



Langkah – langkah berforum …

  • Untuk memulakan topic perbincangan adalah dengan klik pada item ‘ post’ dan disini kita compose mesej yang kita inginkan.

  • Pada page ini dinyatakan keada siapa mesej tersebut dihantar, dari siapa mesej tersebut dihantar, dan tarikh. Selain itu kita juga dikehendaki menyatkan subject iaitu tajuk kepada topic perbincangan . sebagai contoh yang saya buat ialah.. ‘boleh tolong selesaikan tak?’

  • Kemudian barulah saya tulis soalan bagi topic perbincangan saya iaitu : -
    “ Ramai antara kita yang risaukan posting kali ini.. jangan lah begitu..jadikan sebagai cabaran... jadi bagaimana dengan pendapat anda. Adakahia akan mematangkan anda untuk menguruskan masa dengan lebihefektif?? Adakah anda fikir bahawa ia akan membantu anda mengingatisetiap apa yang anda belajar kerana 2 minggu belajar diselangi dengan 2minggu posting. Jawab,jangan tak jawab”

  • Setelah selesai menaip soalan, mesej tersebut hendaklah dihantar dengan klik kotak sent. Jika hendak lebih canggih bolehlah menulis mesej dengan menggunakan non text editor (beta).

  • Selepas itu, yahoo akan menyatakan bahawa mesej anda sedang dihantar dan kesemua ahli akan menerima mesej yang sama .

  • Untuk menyemak mesej forum tadi bolehlah semak di items mesej.

langkah-langkah membina group



Assalamualaikum..w.b.t..

Pada kali ini saya akan menceritakan pengalaman saya ketika membuka sebuah group di dalam yahoo ! group..

Untuk pengetahuan umum, untuk membuat group terdapat tiga step yang penting iaitu category, describe dan select profile. Oleh itu. berikut adalah langkah – langkah yang saya ambil dalam membentuk sebuah kumpulan:

- Masuk ke laman web http://www.yahoo.com/
- Pilih items group pada sebelah kanan skrin
- Setelah terpapar page yang sepatutnya, klik pada start a group.
- Kemudian disinilah terdapatnya step 1 dimana saya dikehendaki memilih group categori iaitu
kategori ‘ health and wellness’ . selepas itu say dikehendaki pula memilih group yang terdapat
di dalam bidang ‘ health and wellness’ dimana saya memilih ‘health care’ untuk group saya.
- Step yang kedua pula adalah menerangkan mengenai group saya iaitu :-

i. Nama pada group page iaitu K2B3
ii. Email address iaitu a111791ukm@yahoo.com. Email address ini adalah untuk memberi
salinan kepada ahli mengenai pebincangan.
iii. Mengenai kumpulan yang dibentuk seperti ucapan atau apa-apa sahaja.

- Seterusnya click continue untuk meneruskan selanjutnya.
- Untuk step 3 pula, saya dikehendaki menyatakan email address dan yahoo profile.
- Seterusnya terdapat word verify dan saya salin semula perkataan berkenaan sebagai tanda
pengesahan.
- Kini group anda telah berjaya dicipta dan di sini tertulis link-link supaya saya dapat
mengaksess group saya seperti :

Group home : a111791ukm
Groupnhome page : http://groups.yahoo.com/group/a111791ukm.
Group email : a111791ukm@yahoo.com

- Sekarang tibalah masanya pulauntuk menjemput kawan-kawan untuk menyertai group
saya. Saya klik pada invite friends dan saya nyatakan email mereka dan tulis sebarang ucapan
kepada mereka dan kemudian saya hantar jemputan tersebut.
- Kemudian klik pada ‘ invite people’ untuk pengesahan submit invitation.
- Pada msa yang sama, kawan-kawan yang kita telah dijemput hendaklah mengesahkan
jemputan untuk menyertai group saya.
-Selepas itu, proses mengumpulkan ahli kumpulan diteruskan sehingga cukup 21 ahli dan
kesemua ahli menerima jemputan.
- Akhirnya terbentuklah sebuah kumpulan perbincangan bagi K2B3.
Perbezaan antara agen pencarian yahoo dan geogle.

Yahoo
- Informasi adalah lebih banyak dan spesifik
- Terdapat pelbagai jenis yahoo seperti yahoo Malaysia, yahoo asia dan lain-lain lagi.
- Informasi boleh dicari dalam satu agen yahoo seperti dengan menggunakan yahoo Malaysia hanya maklumat yang berbahasa melayu sahaja keluar.
- Selalu digunakan kerana mendapat liputan yang meluas.

Geogle

- Informasi juga banyak tetapi tidak spesifik
- Hanya terdapat satu jenis geogle sahaja.
- Informasi yang dicari kadang kala tersasar ke bahasa lain seperti mexico, italic dan lain-lain
lagi.
- Jarang digunakan kerana popularity kurang

refleksi kognitif




assalamualaikum..

ini adalah blog yang ke-2 saya selepas blog di geocities mengalami masalah.. blog ini sebenarnya mudah tetapi jika mengalami masalah ia membuatkan saya tension dan geram. saya tidak faham apa masalahnya. jika hendak katakan saya tidak selalu membuka blog tersebut dusta belaka belaka kerana setiap kali saya surf internet sudah pasti saya akan membuka samada group atau geocities. namun masalah ini tatap terjadi juga kepada saya walaupun saya sudah cuba mengelakkannnya.