Friday, November 23, 2007

cara-cara membuat presentation power point


Microsoft power point .

  1. Microsoft power point selalunya digunakan sebagai alat bantuan visual dalam pembentangan, perbincangan mesyuarat dan lain-lain lagi. Ialah lain daripada Microsoft words kerana ianya boleh menarik perhatian ramai melalui corak demostrasinya. Langkah- langkah dalam manghasilkan sebuah powerpoint yang menarik ialah :
  2. Mula – mula sekali masuk ke Microsoft office power point.
  3. Untuk memasukkan page klik pada insert, new slide dan slide yang baru akan terpapar. Jumlah slide yang dimasukkan tidak terkira.
  4. Untuk mendapat slide yang kosong tanpa format bolehlah mendapatkannya dengan klik pada format dan pilih slide layout . disini anda bolhlah memilih pelagai jenis format bagi slide kerana ianya membantu memudahkan kerja anda. Selain itu sekiranya anda mahukan slide yang mempunyai corak atau design bolehlah klik pada format dan pilih slide design. Terdapat pelbagai design yang boleh diaplikasikan untuk slide anda. Untuk hanya mengaplikasikan pada satu slide sahaja klik untuk selected slide sahaja namun begitu jika mahu mengaplikasikan pada keseluruhan slide klik pada apply to all slide. Walau bagaimana pun jika anda mahukan warna background sahaja anda hanya perlu klik pada format dan pilih background. Kemudian pada paparan berikutnya anda bolehlah memilih pelbagai kombinasi warna mengikut citarasa, corak atau pattern atau gambar sebagai latar belakang slide.
  5. Untuk memasukkan gambar, klik pada insert, pilih picture dan kemudian pilih jenis-jenis gambar yang anda ingini seperti clip-art atau from file. Bagi autoshape anda boleh melukis sendiri bentuk yang anda ingini mengikut piawaian manakala word art sekiranya anda mahukan tulisan yang sedia ada formatnya.
  6. Sekirnya anda ingin memasukkan bayang kepada tulisan anda, ia boleh dilakukan dengan klik pada shadow stylr pada toolbars bawah dan memilih gaya bayang yang anda mahu dan masukkan 3-d jika anda mahu.
  7. Setiap siap memasukkan maklumat atau data dalam slide, anda boleh menceriakan lagi slide anda dengan animasi atau bunyi bagi menyerikan lagi slide anda. Cara-caranya ialah dengan klik pada slide show, pilih custom animation. Kemudian pada kanan skrin akan terpapar paparan dimana anda hendaklah klik pada objek yang anda inginkan animasi kemudian klik add effect pada skri kanan dan pilih animasi yang anda mahu. Effect yang anda mahu boleh dipilh sama ada anda mahukan ia sebelum, semasa atau selepas.
  8. Anda juga boleh memilihnya samada mahu ianya keluar dengan menekan pada mouse atau secara automatiknya.
  9. Sekiranya anda mahu memasukkan bunyi bolehlah memasukkannya dengan klik pada objek berkenaan. Kemudian paparan pada sebelah kanan yang mengenaai custom animation akan keluar. Klik pada anak panah ke bawah pada animasi yang anda buat dan kemudian pilih effect option. Pada bahagian enhancement pilih bunyi yang anda kehendaki dan waktunya.
  10. Sekiranya anda mahukan kesan pada slide iaitu ketika satu slide ke satu slide yang lain anda boleh klik pada slide show dan pilih slide transition dan pilih antara satu gerakan.

No comments: