Friday, November 23, 2007

microsoft excel


Microsoft excel


Program excel ini selalunya digunakan untuk operasi pengiraan atau membuat jadual yang berskala besar. Langkah-langkah untuk membuat satu pengiraan yang berlanjutan atau bersambungan adalah seperti berikut:



  • mula-mula sekali ialah membuka Microsoft office excel.

  • kemudian tulis tajuk bagi pengiraan contohnya perbelanjan harian nagi bulan oktober.
    untuk menamakan sheet adalah dengan klik kanan pada sheet di bawah dan rename dengan nama bulan. Jangan jarakkan. Contohnya oktober2007.

  • untuk memasukkan data adalah dengan menulis perkara – perkara seperti tarikh, dan tujuan duit digunakan seperti makan minum, prepaid, pembelajaran dan sebagainya.
    kemudian masukkan tarikh iaitu dari 1hb sehingga 30hb. Namun dengan menggunakan excel tidak perlulah bersusah payah untuk menaip tarikh sehingga habis. Cara mudah boleh digunakan iatu dengan membawa anak panah ke tepi kotak sehingga keluar simbol ’ + ’ dan tarik ke bawah sehinggalah 30hb.

  • bagi membesarkan saiz column anda hanya perlu menarik pada kotak yang solid berisi huruf atau nombor.

  • selesai memasukkan segala data, lajur dan baris hendaklah digariskan dengan klik pada simbol borders. Kemudian pilih corak garisan yang dihendaki.

  • untuk memformat table, boldkan table dan klik pada format dan cells dan pilih format general.

  • untuk mewarnaka table, boldkan pada column yang berkenaan dan klik pada format, cells, dan pilih pada pattern. Pilih warna yang sesuai.

  • untuk proses pengiraan pula caranya pula ialah dengan memasukkkan segala data kira-kira pada ruangan yang berkenaan dan bagi proses menjumlahkannya ialah dengan menarik pada kotak-kotak yang hendak dijumlahkan nilainya dan klik pada simbol ∑ atau sum dan serta merta pada ruangan yang sepatutnya terpapar jumlah yang dikehendaki.
    bagi menambah atau menolak ianya boleh dilakukan dengan mudah iaitu dengan klik pada kotak jumlah dan kemudian klik pada kotak-kotak yang diingini contohnya kotak A + kotak B – kotak C = ? . jadi ianya boleh dilakukan dengan mudah dengan cara klik pada ruangan fx dan taip = dan klik pada kotak A + kotak B – kotak c dan enter jadi jawapannya ada di kotak yang berkenaan.

  • bagi menambah graf atau carta ianya boleh dilakukan dengan klik pada insert chart dan pilih carta yang anda mahu. Kemudian masukkan data-data.

  • anda boleh menukar warna bagi graf mengikut kesesuaian.

  • untuk menyambung pada sheet yang seterusnya anda bolehlah klik pada sheet 1 dan kemudian klik kanan, klik pada move or copy. Kemudian pilih kawasan untuk di copy iaitu before sheet 3 dan tandakan right pada create a copy. Proses ini membolehkan fail yang sama dikongsi dan jumlahnya boleh ditukar-tukar tanpa perlu meaip semula.

  • untuk sheet yang baru ini, seperti biasa tukarkan nama dan jumlah yang dibawa atau baki juga hendaklah tukar iaitu dengan klik pada kotak baki yang dibawa , taip = dan klik pada kotak yang hendak dibawa atau baki sebelum ini.

  • pastikan setiap sheet yang di copy diperbaharui. Sekiranya simbol #### keluar ini bermakna jumlah atau nombor tidak muat dengan saiz kotak dan ianya perlu dibesarkan.

No comments: