Friday, November 23, 2007

cara berfikir tajuk group


Macam mana awak berfikir mengenai tajuk perbincangan..

Mengenai tajuk perbincangan saya hanya merekanya secara keseluruhannya atau keadaan pada masa itu. Situasi pada masa itu adalah kami sedang berada di dalam dilemma menanti posting klinikal yang akan tiba dalam masa 2 minggu akan datang. Ramai di antara kami yang tidak bersetuju sebenarnya dengan pengaturan jadual kami yang baru iaitu dua minggu kuliah dan dua minggu posting klinikal yang pada sebelum ini kami akan menghabiskan kuliah sebelum memasukki ke posting klinikal. Jadi pada tanggapan kami jadual adalah seperti dahulu dimana ilmu yang telah kami pelajari adalah banyak untuk menghadapi klinikal pada tahun dua tetapi malangnya sekarang kami hanya sempat mempelajari sedikit sahaja semasa dikuliah sebelum ke klinikal.

Oleh itu timbul perasaan gentar dan tidak bersedia di kalangan para pelajar. Mereka juga bimbang mengenai pengurusan masa mereka yang mungkin agak membebankan. Lalu berdasarkan maklumat ini saya mereka satu topic yang membincangkan tentang kematangan para pelajar dalam menguruskan masa dengan lebih efektif dan peranan jadual baru iaitu dua minggu kuliah dan dua minggu klinikal sama sada membantu di dalam mengingati pembelajaran semasa kuliah.

Secara keseluruhannya, perbincangan ini mendapat sambutan di kalangan ahli kumpulan di mana mereka bersetuju dengan tajuk ini yang menyatakan tentang peningkatan tahap kematangan dan juga membantu dalam proses pembelajaran melalui corak jadual yang terbaru ini. Ini adalah secara rumusannya setelah semua pelajar telah menjalani posting klinikal.

Tambahan itu juga, dalam membina forum ini saya tidak mengalami sebarang kesusahan yang tidak dapat ditangani. Hal ini kerana setiap ahli kumpulan saya memahami tajuk perbincangan yang saya utarakan dan mereka memberi respon yang positif kepada perbincangan ini. Oleh itu mudahlah mereka untuk berbincang mengenai topic ini.

No comments: